30 November 2010

Sila jgn abaikan signal ini...


ader 2 utama sebab mengapa signal brek pd meter tsebut masih menyala walaupun handbrek telah diturunkan...

a) fius pd meter tsebut dh kong...
b) something wrong somewhere pd sistem brek keta spt kurang myk brek dll..

so...biler ini terjadik....
sila rujuk kpd bengkel berhampiran utk mendapatkan kepastian yerr..
jgn follow perangai cikpuding ini...
yg sesuka hati nk ignore gitu jerrr coz pd pandangannya yg bijak bistari konon2nya itu...
this is not a big issue asalkan keta masih bole bgerak dgn lancarnya...(uhuk3x)

nk dijadikkan citernya kan...
pg tdk otw nk p keja...
elok kuar jer dr simpang umah mghala ke trefik lite dpn tuu...
prasan cam brek x braper mkn...
cam brek angin jer gituuu rsnyaaa...
ehhh pesal lak ngn brek nieeee.....
mujurlaaa time tuu x laju - br gear 2...
n ngam2 jer dpt benti dpn simpang itu...

mmula tpikir gak yg itu hanya daya ilusi semata2...
tp mula lak rs x sedap hati bile it still happened again...
 terus daku amik langkah drastik tuk wat uturn n kembali ke umah....
isk3x...
harus dirujuk jugak ke doktor keta ini....
seblom tjadik perkara yg lebih buruk kan...
huhuhuhuhu...
berdebar2 gak rsnyaa...
tp dlm pd itu...
rs kesyukuran x putus2 dipanjatkan ke hadrat Ilahi
kerna melindungi hambaNYA ini dr mala petaka yg lbh dasat lgk kan....

gedebak gedebuk...
lepas diperiksa ngn rapi oleh doktor keta...
rupanya...
brake pump kt belakang itu sudah bocor maaa...
kena ganti baru....
minyak brek pon dh kurang skit - leaking aar tuuu....

fuuuhhhhhhhhhh....
terbang duit bonus daku tau......
walaupun gitu....
daku redha...
dan lidah masih x putus2 mengucapkan rs syukur....
kerna x terjadi benda2 yg teruk pg tdk.....
xcident ker...terbabas kerr....
Ya Allah....
mohon dijauhkan itu suma....
duit boleee dicarik ganti
tp nyawa...??...
~ngeeeeeeeeee...
ngeri nk mbayangkannya....




26 November 2010

Tanda-tanda Kematian...


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.

Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.

Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

22 November 2010

Jalan2 carik Makan : Restoren Q Thai Village

Tanggal 20 Nov 2010 yg lepas...
adalah merupakan ulang tahun kelahiran bonda terchinta - Pn Hajah Kalsum bt Bador yang ke 60 tahun...

Terima kasih bonda...
Terima kasih kerna melahirkan kami - anak2 mu ini...
Terima kasih kerna menjaga dan menyayangi kami...
Terima kasih di atas segala2nya...:)

dan spt biasa...
it's makan2 timeeeeeeee....
dan destinasi yg menjadik pilihan kami pd kali ini adalaahh...
jeng3x...

Restoren Q Thai Village - Dagang Avenue...

 Best Tom Yam In Town....fuuhhhhh...

 Dekorasi yg ringkas tp menarik...
Dan yg paling penting...
ader aircond tuuu...
sgt selesa tau....:)

 kami amik set F yg tuk 6 orang tuuuu...

 insan yang diraikan...(luv u mum...)

 darling kepada insan yang diraikan...:)

 sekadar watak tempelan....:P

Assam Steamed Fish...
isi ikan yg lemak ini telah bjaya mbuatkan org yg x mkn ikan pon leh tliuq sama gak tau...
dimasak asam pedas pulok...
fuyoOOooo.......
terangkat beb.....
4 bintang gak aku ksk...

daku x ingat nama resepi ini...
tp setelah diringkaskan....
ini adalah ayam masak cili kering campur kacang badam n gajus n cendawan tu suma...
pedas2 manis rasanya...
3 setengah bintang beb...

nie daku sukaaaa sgt....
Prawns with Pandan Leaves Sauce
seriyes sedap niee beb...
cubaa arrrrrrr....
pasti menjilat jariii......
nah amik ko 4 bintang....


 Clear Tomyam Seafood Soup...
konfem terbaikkkk punyerrr aarrr...
Best Tomyam in Town laaaa katakan...
pekat...berlemak...pedas...masam...
mmg secukup rasa....
daku ksk 4 bintang tauuu..
so nyummy.....

nie plak...
Deep Fried Squids...
bg daku besa2 jerrr...
amik aarrr 3 bintang...

minuman penyegar tekak....

burpppPPpppp....
abiz licin licau dikerjakan oleh piranha2 ini....
smpikan ekor ikan pon lesap niee aarrrr...
isk3x...
pelahap sungguh kan....

secara keseluruhannya...
daku mmg berpuas hati dgn menu2 kt sini
harganya pulok...
sangat berbaloi2 tau...
dgn lokasi yg strategik...
tempat mkn yg agak selesa...
x sesak...
hurmMmm...
boleee arrr rekomen sama kamu sumaa...
try aarrr...
kalo xmo makanan2 gini...
bole try steambot kt restoren sebelah tuu...
cawangan yg sama gak....
cumaaa aderr steamboat jerrrr...
nmpk cam besh jugak tau.....

18 November 2010

Setelah 84 bulan....


alhamdulillah...
setelah 84 bulan wat installament tuk keta nieee...
akhirnyaaa....
ia menjadik hak milik daku sepenuhnya...
yeaaahhhhhhhh....

tdk g wat last paymen kt Eon Bank Tmn Midah, Cheras..
pejam celik pejam celik...
terasa kejab jerr rsnyaaa 7 thn itu blalu kan...
syukur ke hadrat Ilahi...
keta kesayangan daku ini masih dlm keadaan yg baik...
masih mampu tuk terus berbakti kpd tuannya yg chomel ini...(ahaks..)
jauh dh perjalanan keta ini...
dr utara ke selatan...
masih gagah blarik....
takat meragam skit2 tuu besa aarr kan....:)

daku harap...
jodoh daku bsama keta ini akan berpanjangan...
selagik ia masih mampu berkhidmat..
xkn daku akan menduakan kamu sayangku.....
cheewaaahhh....:P

12 November 2010

Kad Kawen Alaf baru....



tadaaaa...
tgk aar kad kawen opismate daku nieeeeeee...
very da chumel kannnn...
konsepnya ala2 cover DVD filem2 Melayu gitu tauuu....:))

aaiii...ntah braper lerrrr agaknya kos tuk tempah kad gini yerrr... 
sungguh kreatif...cantekkk...menarikkk dan tertarikkkk....
i likeeeeeeeeee....:))

Jacob's Cream Cracker...


di suatu pagi kala daku sedang menghabiskan keja2 di pejabat...
trooottttttt trrroootttttttttt ( bukan nada dering sebenar yerrr....)

ayahanda : along...biskut Jacob's Cream Creakers nieee sedap tak..??
daku : errkkk.....sedap laaa kot...coz ader cream...hahahahaaaaa....
ayahanda : haaaa....ayah nk beli aarrr...tgh ader offer kt T**** nieee...
daku : woraitttt....beli jerrrr....
lalu talian pon terputus...

haaaaaaaaaaaa....
sebenarnya ader cerita di sebalik biskut niee tau....
dlu ayahanda daku penah tersalah pilih biskut....
gara2 terlalu xcited nengok ader special offer..
beliau terambil lak biskut yg low-sugar gitu....
adoiiiiiiiiiii....
terus tawar habe dbuatnyaaa....
kalo ngn tgh bdiet tuuu mmg sesuwei lerrr...
niee aarrrr...
wat cicah ngn air nescafe pon masih terasa ke'tawar'an nya itu tau....
uhuk3x....
dh lerrr g beli 1 tin besar gitu......
mmg jenuh lerrrr nk ngabiskannya...
berbulan2....
ahahahahahahahhaha....

sejak kejadian tsebut kan....
agak lama jugak aarrr ayahanda daku x membeli biskut2 gini....
serik aarr tuuu...
tu yg siap call daku pg tdk...
semata2 nk double konfem perasa biskut ituuu...
ok ker idak....
takot tsalah beli lgk....ahaks...

tgk...
siap dpt free beg lgk tuuu...
fuyoOOooooo...
so menyala2 warna kuning beg itu kannnnnn....:)

09 November 2010

The Magic Of Thinking Big..


skrg nieeee daku tgh gigih tuk menghabiskan buku ini....
" The Magic Of Thinking Big..."
hasil nukilan David J.Schwartz...
yang konon2nya telah bjaya terjual sebanyak 4 juta naskah seluruh dunia...

wah3x...
layan buku motivasi laaaa pulok yerrrr....:P
ekcelli...
dh lama adik daku yg beli ini buku...
ntah aper laaa mimpi dia agaknyaa kan....ahaks..

arie tuuu ntah cmno...
tgerak pulok hati  nk belek2 buku niee...
hurmMmmm...
lepas bc intronya tuu...
nampak cam menarik gak arr nengoknyaaa...
gaya penulisan yg mudah....
beserta cth2 situasi semasa yg diselitkan di dlmnya...
idak lerr memeningkan pale daku...
wpon penuh ngn text yerrrrrrr...
perenggan by perenggan....
gambo2 n grafik yillekkk yerrr....
fuuuhhhhhhh...
 mmg bchinta nk mengadapnya kalo x kuat semangat nieee...:P

tp seriyes...
buku ini mmg menarik....
dan antara yg telah bjaya menyerap masuk minda daku ini adalah...
"sila kurangkan mbuat alasan2 ngarut kalo ingin bjaya dlm hidup..."
adoooiiiiiii...
mmg btoi2 tkena batang idung sndrik tau....:P

harapan daku....
moga selepas selesai khatam buku ini nnt..
daku akan menjadik...
"Insan yang berfikir dan berjiwa besar..."...
Insyallah...:)

antara content dlm buku tersebut  :
1. Kita Yakin, Kita Berjaya
2. Pulihkan Diri Kita Daripada Penyakit Alasan
3. Bina Keyakinan, Hapuskan Rasa Takut
4. Cara Berfikir dan Berjiwa Besar..
5.
6.
bla3x..

sila dapatkan di kedai2 buku berhampiran anda yerrr...
mmg tarak rugi punyerrrrrr...:)


08 November 2010

Roadtax n Insurance Renewal....


fuuhhhhhh...
nie 2nd time daku menggunakan perkhidmatan myeg tuk renew roadtax n insurance...
leh dapat lerr diskaun skit (hanya tuk yg penah guna sblom ini jerr yerrr..:P.)

ms mmula guna dlu tuuu kan...
punyer rs x kompiden sungguh ngn ini servis....
takot kna tipu laaa itu laaaa ini laaaa...
memacam perkara yg daku pikirkan dlm benak pemikiran ini...:P
mner x nyaa...
selama 5 tawun ksk settlekan sndrik....
A to Z...
g company insurance...
pastu....
bkejar lak ke pejabat pos....
adoiii...semput...

tapi tu aarrr..
kalo kita x try....
mner nk tau kan.....(ayat penyedap hati.....uhuk3x....)
tu yg tgerak hati gak nk cuba servis nieee....
zaman IT laaa katakan....

sumanya tletak di hujung jari anda....cheewaaahh....

skali tgk2....
fuyoOoooo.....
very da' xpress lorrr..
main klik2 jerr...
wat payment online....
and then...
tadaaaaaaaaaa....
sampai aarrr roadtax itu terus ke tangan kiter dgn selamatnyaaa dlm tempoh masa 3 jam...
perghhhhh...
very da bombastik kan....
dlm ujan2 lebat lakk tuu bdk penghantar dtg anto...
abiz basah kuyup dia tau...
ahahahahahaaaa...
sungguh terharu daku dbuatnya time tuuu....:P



04 November 2010

Nestle Fitnesse & Fruit...


nie laaa padahnya kalo singgah kt pasaraya....
ader ajer benda yg nk dibelinya walaupon not in da list....
isk3x....
rs tergedikz2 btoi nk beli cereal nieeee...
keranaaa....
jeng3x.......
ader free dance workout VCD di dalam kotak itu tauu....
muahahahahahaaaaaa...
ini sudah menarikk....
(mmg menarik sgt coz dh preview vcd tuu tdkkk...:P)
boleee laaaa daku menari2 selepas menikmati cereal yg lazat ituu nnt......
yeaaaaaaaaaahhhh.....
saperr nk join...?????
Jom....!!!!...:P

01 November 2010

Kemalangan ngeri di MRR2...



KUALA LUMPUR: Tubuh seorang penunggang motosikal terputus dua selepas digilis berpuluh kenderaan yang tidak sempat mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan raya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi semalam, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian hancur lumat akibat rempuhan bertali arus kenderaan yang melalui Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Bandar Tasik Selatan, di sini.

Sumber polis trafik Kuala Lumpur berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke ibu kota sebelum dilanggar dari belakang.

“Berdasarkan siasatan, polis percaya mangsa berkemungkinan dirempuh kuat dari belakang oleh sebuah kereta atau kenderaan berat menyebabkan dia tercampak ke atas jalan raya.

“Mangsa terjatuh ke tengah jalan kemudian dirempuh beberapa kenderaan yang dipandu laju. Keadaan jalan yang gelap dan menurun bukit dipercayai menyebabkan pemandu kenderaan yang melalui lokasi kejadian tidak sempat mengelak lalu menggilis tubuh mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang digilis berulang kali menyebabkan badannya terputus dua.

“Malah beberapa penunggang motosikal turut terjatuh dan mengalami cedera ringan selepas terlanggar tubuh dan kepala mangsa.

“Namun semua kenderaan yang tidak sengaja merempuh tubuh mangsa terus meninggalkan lokasi kejadian selepas menyedari objek dilanggar adalah mayat manusia,” katanya.

Katanya, orang ramai kemudian segera menghubungi polis sebelum anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Siasatan awal, mangsa dikenali sebagai Digat a/l Mentagas, 29, berasal dari Rumah Kanawit, Sarawak.

“Susulan kejadian itu, anggota polis trafik terpaksa mengutip cebisan daging mayat mangsa yang berteraburan di atas jalan sepanjang,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa yang hampir hancur itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sementara itu, orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau talian Rakan Cop 03-21159999.

------------------------------------------------

uwaaaaaaaaaa....
daku ader melalui tempat kejadian semasa otw ke opis pg tu...
opiss...?..pepagi ahad...?....keja kah...???.
iyerrrrrrr...kejaaaa....
kena standby kt opis tuuu...uhuhuhuhuhuhu...
al maklum aarr...pekerja yg bdedikasi laaa katakan....(uhuk3x...)

patut aarr jln MRR2 time tuu jem tau....
muskil gak dlm hati....
xkn pepagi ahad jam 7 pon bole jem kan...
isk3x....
mula aar nk merungut dlm hati....
bukn ape...takot tlewat smpi ke opis tu jerrr..:P

rupa2nyaaaa....
uwaaaaaaaaaa...
ader kemalangan maut rupanya...((:

ms daku lalu tuu kan...(dlm keadaan mode slow motion)
tnmpak gen2 kaler kelabu (no plate x sempat nk snap..) 
yg terkemek kt side kanan....(ooh gen2 nieeee yg tbabas agaknyaaaa...)

tapi..
biler lalu dpan skittt....
duk ternampak plak cebisan isi perut n usus manusia kt tgh jalan...
gulppp....
usus beb..........seriyes daku nmpk usus ituuu..
uwaaaaaaaaaa.....
muka dh mula naik sebu....
rs mual2 nk tmuntah pon ader gak....
dh lerrr blom brekfes lgk...
terus ader rs fenin2 lalat....

dan kat dpn skit kan...
nampak pulok pihak polis tgh duk membungkus mayat itu...
adoiii...
lembek dah mayat mangsa ituu tauu...
uhuhuhhuuhuhuhuh....
time tuu ader hati gak nk snap gambo situasi kejadian...
tp kang...x psl2 plak kena saman ngn pihak polisi kan...
di atas kesalahan menyenap gambo smbil memandu...:P

Ya Allah...
simpati btoi daku ngn mangsa kemalangan ini...
dah takdir diaa nk menempuh ajal kt situ kan....
terus terasa insaf sekejab...
dan bdoa dalam hati....
semoga riwayat daku, famili dan rakan2 suma tidak berakhir dalam keadaan ngeri begitu....:((

Disney Cuties Stamp..





" Spend RM 20 at Guardian & get 1 Disney Cuties Stamp..."
haaaaaaaaa....
itu merupakan promosi terkini dari kedai Guardian...
menurut promosi yg bmula dr 7 Okt 2010 - 23 Feb nie kan....
kowang bole redeem Disney Cuties Plush Toy in Gift Box with Photo Frame secara percuma..
pabila bjaya mengumpul smpi 60 stamp...
fuuuuuuhhhhhhhhhh....
xder keja aarr tuuuu.....

ekcelli...
daku bukn ekcited sgt pon nk dptkan itu patung yg konon2nya berharga  
RM 134.90 tuuu...
seriyes x chomel langsung okeh......(oopsss...soweee Guardian....kowang xkn saman kan.....:P)
coz pd pendapat daku yg slalu bfikiran waras ini...
kalo ngn rege tuu aarrr...
blambak lgk patung2 lain yg lgk chomel yg kowang leh dapat tau....
lgk berbaloii2...

tapi kan..
dah alang2 diorg ksk stamp tuu....
daku tepek jugak aarrr kt kad yg diberi...(chomei jugakkk nengoknyaaa...:P)
walaupon tau xkn bjaya punyer laaa nk kumpul smpi 60 keping tuu...
misi mustahil...
coz daku jarang2 sgt spend duit kt sana...
haaaaaa....
melainkan kalo kowang turut sama memberi sumbangan...
ksk aarr sowang 20 keping kerrr...
kita pakat kumpul sesamaa...
nnt biler dapat adiah tuu kan....
kiter kerat aarrr sama rataaa...
ahahahahahaaaaa.....
ader bran kah...?...:P