22 September 2011

Kempen Hari Tanpa Kereta...

"22 Sept 2011 merupakan Kempen Hari Tanpa Kereta Sedunia.."
tu adalah kempen terbaru yg ku dengar dari Buletin Utama mlm tdk....
dgn objektif utama adalah utk mengurangkan pembebasan gas karbon monoksida ke udara tanda kita menyayangi dooniaaa ini....
Hari Tanpa Kereta yerrrrrrr...
hurmmmMm.....
ku tgh mbayangkan cmno agaknya perjalanan ku dr umah skrg utk ke opis di Putrajaya tanpa memandu keta tercayang itu....
meh kita usha sesama perjalanan panjang ku itu nnt....

pepagi sesudah subo harus memohon pertolongan ayahandaku menghantar diri ku ke Stesen LRT Cempaka dgn menaiki motosikal Honda EX5 nyaaa...(Tambang : duit minyak ayah, tempoh perjalanan : 5 minit)


Dari situ, aku akan amik train smpai ke Stesen LRT Chan Sow Lin dan tukar train lain utk Stesen LRT Bandar Tasik Selatan (Tambang : RM 1.60, tempoh perjalanan : 20 minit )


Di Stesen BTS, ku amik ERL Transit utk ke Putrajaya pulok (Tambang :  RM 5.30 , tempoh perjalanan : 15 minit).


Pastu smpi di Stesen Putrajaya/Cyberjaya, tunggu bas Nadi Putra (Tambang : RM 0.50, tempoh perjalanan : 15 minit) untuk sampai ke opis ku di Putrajaya sinun...

fuuuuhhhhhhhhhh.........
tgk aarrr sendrik betapa adventurenyaaa pjalanan ku seharian jika ku menggunakan public transport jika mau ke opis tuu aarrrr...
ader mampooooooooo kah kalo tetiap hari melalui perjalanan gitooooo
aiyooOooo....
harus melepek aarrrr diri aku ini pabila smpi kt opis tuuu nnt.............dududuuudududududu..

19 September 2011

Tasbih berCahaYa..


kalo diperhatikan pada tasbih nieee..nmpk cam cam besa2 jerrr kan...
tapi..ader sesuatu yg menarik mau ku kongsikan bsama pembaca sekalian...
berkaitan ini tasbih...
alkisahnyaaa ku mendapat tasbih ini dari jiran se flet yg mengadakan mjls tahlil utk anakandanyaaa yg meninggal dunia pd Ramadhan yg lepas (al-fatihah)...dan tasbih ini elok jer tersimpan dalam plastik beg yg ku buh atas katil tuu arrrr...(kes x smpt mau simpan lagik....)

Nak dijadikkan citer nyaaa....pd suatu mlm yg dingin di saat ku bsiap sedia utk beradu...
ku ternampak ader benda yg bsinar2 di dalam kegelapan cahaya...
ehhHhh....pebenda tuuuuu??? (jeng3x....saspenz lak rsnyaa...)
mmula ku pikirkan cahaya tsebut dtg dr hp tcayang yg mmg ku letak di sebelah bantal ini kan....
tapi....
nmpk cahaya tuuu mcm dr dlm beg plastik ituuu pulokk...
n biler ku belek2...
lorrrrrrrrrrr..........
tasbih nieee rupanyaaaaaaa..........
Subhanallah........
terkebil2 daku timeee tuu pabila menatap keajaiban yg berlaku di dpn mata ini...
sungguh...
ku tidak bmimpi time tuuu tauuuu.....:P
dan dlm byk2 tasbih yg ku adaaa...
niee laaaa pengalaman pertama ku melihat tasbih yg mengeluarkan cahaya yg bsinar2 dlm kegelapan...
waaallllaaaaaaaaa....disebabkan kagum yg keadaan tasbih itu kan...terus ku berzikir smpi tlelap tau (kui3x..)
dan sampai laa nieeee....
tasbih tuuu mmg menjadi peneman setia kuuu di mlm hariii.........

yg menjadi penaik semangat ku utk trus bzikir sebelum menutup mata.....:)
sukaaaa tauuuu.....!!!!!

10 September 2011

~ Berita Kepada Kawan



Berita Kepada Kawan

Artist: Ebiet G. Ade
 
Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

08 September 2011

Ops Sikap 24 GAGAL...!!!!!

Ops Sikap 24: Rekod terburuk sejak mula dilancar


2011/09/08

KUALA LUMPUR: Ops Sikap ke-24 selama 15 hari sempena Aidilfitri yang berakhir semalam, mencatatkan rekod kematian terburuk sejak operasi itu dilancarkan 11 tahun lalu dengan 289 kematian dicatatkan dalam tempoh itu.

Rekod terburuk pernah direkodkan sebelum ini ialah ketika Ops Sikap ke-3 pada musim Aidilfitri 2002 yang menyaksikan 285 pengguna jalan raya terkorban.
Hari ke-15 Ops Sikap ke-24 kelmarin menyaksikan sembilan lagi kematian dicatatkan membabitkan empat penunggang motosikal, dua pengguna kereta dan masing-masing satu kematian membabitkan pengguna basikal, pemandu lori dan lain-lain kenderaan.
Rekod sembilan kematian yang dicatatkan kelmarin adalah jumlah kematian terendah sehari yang dicatatkan sepanjang Ops Sikap ke-24 dilancarkan pada 23 Ogos lalu.

Seramai 248 orang terkorban dalam nahas jalan raya pada Ops Sikap sempena musim perayaan Aidilfitri tahun lalu.

Daripada 289 kematian dilaporkan sejak 15 hari lalu, 178 kematian atau 62 peratus membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Hari terakhir kelmarin juga turut menyaksikan penurunan kes kemalangan iaitu sebanyak 1,186 kes berbanding 1,400 kes kemalangan pada hari sebelumnya dengan 503 kemalangan berlaku di jalan bandaran, 275 di jalan persekutuan, 212 di jalan negeri, 115 kes di lebuhraya dan 81 kes di lain-lain jalan.
Sebanyak 19,606 kemalangan dilaporkan sepanjang Ops Sikap ke-24, manakala 113,392 dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan dalam tempoh sama.

----

~ ulasan cikpuding ~

tu aarrr ku dh lamaa agak....
operasi gini mmg xder pekdah lgsung...
buang masa...buang tenaga n buang duit...
coz suma org tau...
pemandu di Malaysia nieee mmg jeniz tarak takot matii wooooOOo...........
buat lerrr aper2 kempen pon..........
buh lerrr mcm2 papan tandaaaaa pon - gambo tengkorak, kubur bagai.....
create lerrrr pelbagai jenis iklan...
xder guna punyer maaaaaaaaa...
coz mereka still nk memandu ala2 pemandu F1 tuu gituuuuu....
masing2 jenis pentingkan diri sndrikk kan..........
memecut memotong di sanaaaaaaaa sini...........
takat kena saman ekor RM 300 tuu aper laaaaaaaaa sangat kan/.......
anytimee boleeeeeee bayo maaaaaaaa...........
duit berkepuk2 dlm poket.....
janjiiiiiiiiii cpt smpi ke destinasi yg ditujuuuuuuuu.....

dan kesudahannyaaaaaaa........
bilangan yg terkorban di jln rayaaaaa semakin meningkat dari tahun ke tahun......
n ku amat pasti....
70% punca kemalangan adalah dtg dari human factor.........
sebelum bole menyalahkan faktor mukabumi, cuaca dll..
dan yg paling menyayat hati..........
besanyaaaa mereka2 yg terkorban itu adalah dr golongan yg tidak bersalah....
golongan yg mjadik mgsa di atas beban kesalahan yg dilakukan oleh org lain.........
so sadisssss hoccay !!!!!!!!!!!

04 September 2011

Tribute to Noramfaizul Mohd Nor ...





Di saat seluruh umat Islam bergumbira menyambut kedatangan bulan Syawal yang ditunggu2...
kita dikejutkan dengan berita kematian seorang rakyat Malaysia yang mati ditembak dalam serangan hendap ketika membuat liputan Misi Somalia KP1M di Mogadishu petang kemarin.
Terasa sebak di dada pabila mengikuti rentetan peristiwa tersebut.
Sedih pulok pabila melihat wajah2 family yang ditinggalkan Arwah...
aduuhhh....
ku mmg cukup2 sensitif dgn berita2 kematian gini tau...
lagik2 time Syawal nieee aarrrrrr....:((
tapi tu laaaa....
dh mmg tersurat di Loh Mahfuz..
Ajal Maut ditangan Tuhan Yg Esa...
ku hanya mampu menyedekahkan al-fatihah kepada arwah
semoga rohnya tenang di alam sana....
dan salam takziah juga kuhulurkan buat keluarga mangsa..
semoga mereka tabah dgn dugaan ini maha berat ini.....

---
KUALA LUMPUR: “Ini yang Allah tetapkan.. Dia yang beri, Dia yang ambil dan Dia juga yang akan memelihara saya dan anak untuk teruskan kehidupan,” kata Norazrina Jaafar, 37, yang reda dengan pemergian suaminya yang juga jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor, 40, yang meninggal dunia di Somalia, kelmarin.

Ibu kepada dua anak itu mulanya kelihatan tabah dan cuba menyembunyikan kesedihannya, namun gagal berbuat demikian apabila air matanya bercucuran ketika ditanya mengenai sifat Allahyarham Faizul sebagai seorang suami dan seorang bapa ketika hayatnya.
“Sebagai orang media Allahyarham memang sibuk dan dalam kesuntukan masa itu, dia cuba meluangkan masa bersama keluarga, terutama anak,” katanya ketika ditemubual di rumah keluarga arwah di Taman Serdang Raya yang dibanjiri sanak saudara, kenalan dan wakil media sejak awal pagi, semalam.

Katanya, arwah seorang bapa yang penyayang dan amat menghormati ibu bapanya, Naemah Abdul Majid, 63 dan Mohd Nor Mat Yasin, 66, selain keluarga mentua.

Allahyarham juga sempat memberikan kelengkapan raya berupa sepasang kasut untuk kedua-dua anak lelakinya sebelum berlepas ke Mogadishu pada 28 Ogos lalu.

Hasil perkongsian hidup dengan Norazrina yang juga pegawai perhubungan awam di sebuah agensi kerajaan, mereka dikurniakan dua anak, iaitu Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.
Kedua-dua anaknya juga nampak tabah, terutama Irfan yang kelihatan mendiamkan diri dengan mata kemerah-merahan di sebelah Norazrina yang ditemubual lebih 10 wakil media.

Norazrina berkata, suaminya tidak menunjukkan tanda pelik sebelum berlepas ke Somalia, malah beliau berkelakuan seperti biasa selain sempat berpesan kepadanya melalui telefon supaya menjaga diri dan anak dengan baik.

Sementara itu, ibu arwah, Naemah ketika ditemui berkata, sambal ikan bilis dan kemeja-T berwarna kelabu yang dipakai anak sulungnya ketika menziarahi keluarganya sebelum berlepas ke Somalia beberapa hari sebelum Syawal menjadi kenangan terakhir buat mereka.

“Meskipun sedih dan terkilan dengan pemergiannya, kami sekeluarga reda dengan ketentuan takdir, walaupun jarang berjumpa kerana kesibukan kerjanya.

“Walaupun kesuntukan masa, Ijoy (panggilan manja arwah) sempat mengirimkan sejumlah duit raya buat ibu bapanya dan ahli keluarga serta membeli kasut raya di pusat beli-belah, The Mines untuk kedua-dua anaknya,” katanya sebak.