08 September 2011

Ops Sikap 24 GAGAL...!!!!!

Ops Sikap 24: Rekod terburuk sejak mula dilancar


2011/09/08

KUALA LUMPUR: Ops Sikap ke-24 selama 15 hari sempena Aidilfitri yang berakhir semalam, mencatatkan rekod kematian terburuk sejak operasi itu dilancarkan 11 tahun lalu dengan 289 kematian dicatatkan dalam tempoh itu.

Rekod terburuk pernah direkodkan sebelum ini ialah ketika Ops Sikap ke-3 pada musim Aidilfitri 2002 yang menyaksikan 285 pengguna jalan raya terkorban.
Hari ke-15 Ops Sikap ke-24 kelmarin menyaksikan sembilan lagi kematian dicatatkan membabitkan empat penunggang motosikal, dua pengguna kereta dan masing-masing satu kematian membabitkan pengguna basikal, pemandu lori dan lain-lain kenderaan.
Rekod sembilan kematian yang dicatatkan kelmarin adalah jumlah kematian terendah sehari yang dicatatkan sepanjang Ops Sikap ke-24 dilancarkan pada 23 Ogos lalu.

Seramai 248 orang terkorban dalam nahas jalan raya pada Ops Sikap sempena musim perayaan Aidilfitri tahun lalu.

Daripada 289 kematian dilaporkan sejak 15 hari lalu, 178 kematian atau 62 peratus membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Hari terakhir kelmarin juga turut menyaksikan penurunan kes kemalangan iaitu sebanyak 1,186 kes berbanding 1,400 kes kemalangan pada hari sebelumnya dengan 503 kemalangan berlaku di jalan bandaran, 275 di jalan persekutuan, 212 di jalan negeri, 115 kes di lebuhraya dan 81 kes di lain-lain jalan.
Sebanyak 19,606 kemalangan dilaporkan sepanjang Ops Sikap ke-24, manakala 113,392 dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan dalam tempoh sama.

----

~ ulasan cikpuding ~

tu aarrr ku dh lamaa agak....
operasi gini mmg xder pekdah lgsung...
buang masa...buang tenaga n buang duit...
coz suma org tau...
pemandu di Malaysia nieee mmg jeniz tarak takot matii wooooOOo...........
buat lerrr aper2 kempen pon..........
buh lerrr mcm2 papan tandaaaaa pon - gambo tengkorak, kubur bagai.....
create lerrrr pelbagai jenis iklan...
xder guna punyer maaaaaaaaa...
coz mereka still nk memandu ala2 pemandu F1 tuu gituuuuu....
masing2 jenis pentingkan diri sndrikk kan..........
memecut memotong di sanaaaaaaaa sini...........
takat kena saman ekor RM 300 tuu aper laaaaaaaaa sangat kan/.......
anytimee boleeeeeee bayo maaaaaaaa...........
duit berkepuk2 dlm poket.....
janjiiiiiiiiii cpt smpi ke destinasi yg ditujuuuuuuuu.....

dan kesudahannyaaaaaaa........
bilangan yg terkorban di jln rayaaaaa semakin meningkat dari tahun ke tahun......
n ku amat pasti....
70% punca kemalangan adalah dtg dari human factor.........
sebelum bole menyalahkan faktor mukabumi, cuaca dll..
dan yg paling menyayat hati..........
besanyaaaa mereka2 yg terkorban itu adalah dr golongan yg tidak bersalah....
golongan yg mjadik mgsa di atas beban kesalahan yg dilakukan oleh org lain.........
so sadisssss hoccay !!!!!!!!!!!

1 komen:

yuzlina said...

~ kempen yang membuang masa + duit..