26 July 2010

Lagi isu ‘curi tulang’ di Putrajaya

Lagi isu ‘curi tulang’ di Putrajaya - Petikan dari Utusan Malaysia 19 Julai 2010

SAYA tertarik dengan tulisan Pegawai Tuan (Putrajaya) bertajuk Benarkah pegawai awam curi tulang di Putrajaya? yang disiarkan di ruangan Forum pada 16 Julai 2010.Kejadian atau perilaku curi tulang ini sememangnya banyak berlaku di jabatan-jabatan kerajaan. Antara sebabnya ialah kekurangan kerja dan lebihan kakitangan.

Pada pendapat saya, tidak perlulah Pegawai Tuan bersungguh- sungguh menidakkan kejadian dan kerenah yang berlaku. Pegawai Tuan perlu sedikit masa muhasabah diri, cuba ambil masa bercuti satu hari dan pilih secara rawak untuk melawat beberapa pejabat-pejabat kerajaan.


Pastinya Pegawai Tuan akan dapati banyak kerusi kosong, kakitangan berbual dan sebagainya. Bersarapan lama adalah perkara biasa. Alasan minum dengan pelanggan adalah perkara jarang-jarang berlaku kecuali jabatan yang melibatkan tender dan setaraf dengannya. Kebanyakan perkhidmatan adalah berkaitan yang dituntut rakyat.

Untuk prestasi, kecualikanlah Jabatan Pendaftaran kerana mereka agak efisien.

Saya beri satu dari beratus insiden yang saya lihat. Terkena pada satu hari Jumaat, saya berurusan dengan satu jabatan di Putrajaya. Setelah menunggu dari pukul 10.30 pagi, pegawai berkenaan masih tidak ada di pejabat. Saya diberitahu bahawa pegawai berkenaan sedang mesyuarat.

Saya tunggu sehingga pukul 11.45 pagi dan mengambil keputusan untuk balik dan datang semula pada petangnya. Saya harus segera keluar dari pejabat mereka (pukul 11.45 pagi) kerana pasti kakitangan kerajaan akan keluar pada jam 12.30 tengah hari (hari Jumaat). Strategi saya ialah untuk mengelak kesesakan di jalan keluar.


Alangkah terkejut saya kerana apabila saya ingin ke kawasan untuk mengambil kenderaan, berderetan kenderaan kakitangan kerajaan sedang bersusun untuk bergerak keluar. Jam baru pukul 12 tengah hari (Jumaat), terfikir, pukul berapa pula mereka bersiap hendak keluar.
Fahamlah saya yang kakitangan kerajaan ini sangat efisien sehingga hilang rasa bersalah lagi rasa malu kepada kami iaitu seorang pegawai syarikat swasta yang syarikatnya tidak pernah gagal untuk membayar cukai. Bertambah kecewa kerana duit pembayar-pembayar cukai juga telah digunakan untuk membayar Elaun Sara Hidup (COLA) RM350 kepada mereka.
-----------------------------------------------------------

pendapat daku...??
hurMm...
tepuk dada tanya iman...
suma pon dh besar panjang kan....
dh jdk mak bapak org....
haruslaaaa tahu nk membezakan aper yg baik dan buruk...
yg mana halal...yg mana haram...
xkan arr smpi nk wat operasi tangkap menangkap org yg mengulo itu...
isk..

0 komen: