15 September 2009

Tragis...

Petikan dari Harian Metro : 15/09/09

JOHOR BAHRU: Seorang penunggang motosikal yang cuba bangun selepas terjatuh dari motosikalnya sejurus bergesel dengan sebuah lori, meraung sekuat hati apabila menyedari kedua-dua kakinya hancur digilis tayar kenderaan berat itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang semalam di Kilometer 9, Jalan Skudai menghala pusat bandar berdekatan pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Bandar Baru Uda di sini, mangsa dikenali sebagai Arief Ftri berusia awal 30-an, meraung menahan kesakitan akibat parah pada kedua-dua kakinya selain sedih kerana kudung.

Sebelum itu, mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan berat dipercayai lori dari arah sama menyebabkan dia terjatuh sebelum kedua-dua kakinya digilis tayar belakang kenderaan berkenaan.

Dalam keadaan menyeksakan itu, Arief cuba ditenang beberapa pengguna jalan raya sementara menunggu ketibaan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menghantarnya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.
---------------------------

Ya Allah...sebakkkk pulakk hati aku biler baca muka depan paper niee...siannyaaa pd mangsa kemalangan ini...uwaaaa...nyerinyaa aku dok mbayangkan keadaan dia masa tu biler tgk kaki sendrik hancur kena gilis...uhhuhuhuuh....buat mgsa tsebut...aku doakan moga dia tabah menghadapi ujian dari Allah ini..mmg berat mata memandang..berat lgk bahu yg memikul...dan igtlahh bahawa ini bukn penghujung pada sebuah kehidupan...buat saudara2 ku sekalian.....hati2 semasa memandu terutamanya menjelang musim perayaan ini. .Semoga Allah melindungi kita suma dari segala bala bencana...amiN...

notakakiku : "Dont drink n Drive" keh....

0 komen: