10 November 2009

Ketawa Penawar Duka..

adoiii....giler lawak aar aku baca luahan hati mamat nieee berkaitan problem pd keta diaaa..rs mcm nk tgelak smpi tguling2 bawah meja rsnyaaa....muaahahahahaaa...besh3x...(sumber : protonclub.com)
........................................
Salam semua,

Buat bro2 wa nk tumpang tanya sket, ada sebijik wira yang aku panggil dier bumblebee. aku sayang giler bumblebee nie walaupun rupa dia tak mcm NURKASIH tu. Sejak akhir2 ini bila MITI umumkan keta 15 tahun kena buat inspection PUSPAKOM bumblebee aku mula meragam simptom2 utama dah mula kuar sampai la kena sawan baru2 nie. Lepas tu satu2 lak penyakit dia datang. Walaupun aku dah bagitau dia yang MITI dah tarik balik Arahan tu minggu lepas sbb takut jugak 2.7 juta kereta sebaya bumblebee aku nie akan mengundi Pakatan Ranjang pada PRU 13 nti akibat tak puas hati.

Skang nie penyakit orang tua dia dah timbul iaitu tersemput-semput mcm makcik rogayah. Gear 1, 2 & 3. Menda nie terjadi bila aku tekan minyak kuat mula la semput dia kuar tersedak2. so untuk mengelakkan semput tue terjadi aku tekan minyak pelan2 jela. ada satu hari paling bengkak bila awek bwk kenari geleng2 kepala bila potong keta aku kat trafic light bayangkan la cehh. mesti awek tu pikir harap muka je garang keta nie tapi jalan mcm askar pencen tp nasib baik abg tue hensem (aku lar tuh hehehe). Cilakak sungguh nasib bek awek tu comey jugak. Nak cover malu aku pun buat2 la mcm tgh telepon. CIsssssssss.

Last week aku boring dengan sawan dia nie aku pun mendoktorkan bumblebee aku nie, tukar spark plug, air filter, oil filter (dengar ckp org kunun takut minyak sumbat) dll. Siap tukar mounting lagi 4 biji. tapi jadi jugak. Bila naik bukit tekan minyak kuat sket mula la tersedak2 kena la aku main cluch sbb tak nak engin mati. Meraung2 kereta aku bila buat mcm tu org siap pandang2 time aku parking naik bukit kat opis. Cisss dah dua kali you was dropped my water face ..

Ada pomen ckp distributer kereta aku kena tukar jugak sbb dia distribute api dah tak betul, ada pomen ckp coil, bini aku ckp jual jela bang.. Korang tau apa organ dalaman yang kena tukar nih ataupun bumblebee aku nie kena buatan orang..? sapa boleh jawab ni dialu-alukan..

Photobucket

0 komen: