31 December 2009

Mentuaku-Suamiku...

SIK: Bimbang kekerapan kehadiran bapa mentua ke rumahnya, untuk menjenguk cucu menjadi cemuhan masyarakat sekeliling, seorang balu menikahi bapa mentuanya itu di negara jiran, sebelum perkahwinan terlarang itu di bongkar Pejabat Agama Islam Daerah Sik di sini, kelmarin.

Pasangan ‘mentuaku-suamiku’ selama 21 hari itu berlaku selepas wanita yang kematian suami sejak satu setengah tahun lalu itu, mengambil keputusan bernikah dengan bapa mentuanya, di negara jiran pada 8 Disember lalu.Wanita berusia 40 tahun dan bapa mentuanya, 63, dinikahkan seorang juru nikah, sambil disaksikan dua orang saksi di negara jiran dengan kos RM1,400 yang dikongsi bersama.

Hubungan suami isteri terlarang itu terbukti apabila Pejabat Agama Daerah Sik memperoleh sijil pernikahan mereka yang dikeluarkan di negara jiran selepas dimaklumkan penduduk kampung sebelum menahan pasangan itu pada malam Selasa lalu (29 Disember).

Difahamkan, selepas mendapat ‘lesen’ sebagai suami isteri, pasangan itu hidup seperti suami isteri lain, termasuk melakukan hubungan seks beberapa kali.

“Saya tahu perbuatan ini salah, malah sedar hubungan antara bapa mentua dan menantu tidak akan putus sampai di akhirat, namun cemuhan daripada orang sekeliling apabila bapa mentua kerap menjenguk cucu, menyebabkan saya bertindak nekad mengajaknya berkahwin.

“Sebelum ini, saya pernah bertanya kepada pakar agama status hubungan saya dan bapa mentua selepas kematian suami, dia kata kami tiada apa-apa hubungan dan sebab itu saya teruskan hasrat ini,” kata menantu terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Nita, ketika ditemui di sini, kelmarin.

Ibu kepada lima anak itu mendakwa, pernikahannya dengan bapa mentua selain dapat melenyapkan cemuhan masyarakat, membolehkan nasib anaknya terbela.

Petikan dari Harian Metro - 31/12/2009
----------------------------------------

adoyaaiiii.....tetiba pale aku fenin pas baca ini kisah daaa...aper nk jadik dgn umat manusia skrg ini...hukum Allah diambil ringan....x takot ker dgn bala dr Allah...?...uhhuuhhu...

Photobucket

1 komen:

cahaya petunjuk said...

donia.. donia.. nak kiamat dah gamaknya..